Assalamualaikum wbt..hari ini 6 dis 2014, saya mula menulis blog. Tulis sesuatu tentang diri saya, kesukaan saya dan pendapat saya. Senang cerita, semua pasal saya..haha..giler bayang.
Let me introduce myself first. My shortname is Anis. My fullname tak nak gitau..hoho nanti-nanti aje lah..bila kita da saling komen mengomen nanti. I'm a final year student at UTM Skudai taking the Bachelor of Science in Mathematics. Sebagai orang yang cenderung dalam math ni, saya strict la sikit..strict dari segi nak solve problem. Problem math ke problem kehidupan seharian ke, sama je..kena buat step by step baru faham lebih. Baru nampak jalan tu. Kalo tak sesat..kelaut la jawabnya.
Ramai jugak yang tanya, kenape ambik math? Hmm..lepas abes matrik dulu, tak tau sangat hala tuju nak ke mana, nak masuk u je macam orang lain..nak ambik kos ape pun tak tau..haha ikot flow aje lah. Antara tiga ke empat subjek yang ambik kat matrik dulu, math yang paling cemerlang, so masa isi UPU tu..isi la math sebagai first choice. Dan pilih UTM Skudai sebab nak berjauhan dari rumah, kononnya. Anak bongsu, dari kecik sampai ke form 5 dok kat rumah..dapat tawaran ke sekolah lain pun tolak sebab sayang nak tinggal mak ayah..tinggal mereka berdua je kat umah. Sekarang baru rasa peritnya jauh dari rumah. Dulu ngada sekarang rasa..
Kesukaan saya lebih kepada masakan..yang simple..hehe dan yang lain dari yang lain..dan yang mengidam. Kalo da mengidam tu, nak tak nak kena buat jugak. Lau tak, 10 hari 10 malam dok teringat benda tu je..kat unibersiti ni susah sikit nak buat pape, sebab peralatan yang limited. Ni pun ada dapur elektrik, yang dibawak masuk secara haramnya..hehe jangan gitau yutiem tau..diam diam je. Dapur ni amatla capable nak buat pape, nanti saya tulis review pasal dapur hanabishi tu.
Kebanyakan resipi yang saya kongsikan kat sini bukan la resipi yang saya ciptakan sendiri tapi resipi yang diambil kat mane mane dan dicuba oleh saya. Tak kuasa la kite nak cipta resipi sendiri. Oh pelis..bukannya rajin nak buat resipi by trial and error ni. Malashh hokey. Nak cuba resipi orang ni pun dikira alhamdulillah da ni..syukur pada Allah si Anis ni rajin nak cuba.
Okey..setakat ni je la dulu untuk karangan yang pertama.
Enjoy my blog and babai semua..adik adik kakak kakak abang abang..see you later.

No comments:
Post a Comment